Saturday, March 4, 2017

3 Langkah Mudah Menyediakan Simpanan Pendidikan RM50,000 Sebelum Anak Berusia 20 Tahun

pelan-pendidikan-anak
3 langkah mudah ini tidak memerlukan anda untuk menyimpan ratusan malahan ribuan ringgit sebulan. Cukup hanya beberapa puluh ringgit sahaja untuk suami dan isteri.
Andaian yang saya gunakan adalah berdasarkan majoriti masyarakat kita sekarang iaitu suami & isteri bekerja dengan pendapatan seisi rumah bermula RM3,500 sebulan.


#1. Kumpulkan RM1,000 Sebelum Kelahiran Anak

Bila dah confirm isteri mengandung, mula kumpulkan RM1,000 sebagai modal permulaan simpanan pendidikan ini. Susah ke nak kumpulkan RM1,000 ni? Jawapannya bergantung kepada anda.
Pada saya RM1,000 ni hanyalah RM100 sebulan (suami RM50 + isteri RM50 = RM100). RM100 x 9 bulan = RM900. Kemudian salah seorang (mungkin suami dapat bonus) cukupkan lagi RM100 jadilah RM1000 semasa anak dilahirkan.
Mudah je. Tapi kalau RM50 sebulan pun dah berkira, saya anggap pasangan ni masih belum bersedia dari segi kewangan untuk berkeluarga.
Kalau ikut idea ni bulat-bulat, tak kurang daripada RM15,000 akan dapat dikumpulkan bila anak dah mencecah umur 20 tahun.

#2. Simpan Duit Raya Anak RM100 Setahun

sampul-duit-raya
Tak perlu banyak pun nak simpan dalam setahun supaya pada tahun ke-20 nanti ada RM15,000 dalam akaun. RM100 yang dikumpulkan anak setiap tahun semasa beraya pun cukup dah. Yang lebih tu kalau nak bagi anak belanja, bagilah.
Lagipun orang bagi duit raya biasanya bukan nak suruh dibelanjakan semuanya, selalunya mesti datang sekali dengan nasihat, “belajar rajin-rajin.. ” atau “jangan belanja habis duit ni.. “.
Walaupun hanya RM100 setahun, tapi nilainya bila dikumpulkan dan digandakan selama 20 tahun memang boleh jadi besar. Jangan pandang rendah.
Tapi kalau RM100 setahun duit percuma yang diberi oleh orang ramai pun tak dapat dimasukkan ke dalam akaun untuk simpanan pendidikan anak, tak payah mimpilah nak kumpulkan RM50,000 untuk anak dengan kaedah ini.

#3. Ambil Education Plan Untuk Anak

Education plan ni untuk apa? Simple je. Education plan ni adalah kaedah untuk memindahkan risiko kewangan akibat daripada kehilangan pencari nafkah utama dalam keluarga.
Bagaimana ianya berfungsi?
Katakan salah satu daripada senario ini berlaku, pencari nafkah utama (biasanya si ayah) meninggal atau mengalami kecacatan kekal dan tak dapat bekerja. Sudah tentu pada masa itu kalau si ibu walaupun bekerja, belum tentu boleh menanggung segala perbelanjaan keluarga. Kalau dah perbelanjaan bulanan tak tertanggung, simpanan pendidikan tak usah cerita lagilah kan.
Bila situasi ini berlaku, plan pendidikan anak ni tadi dah dibayar oleh ahli Takaful yang lain sehingga anak mencapai usia 25 tahun. Dalam erti kata lain, plan yang sepatutnya dibayar RM100 sebulan ni dah jadi percuma sehingga anak berumur 25 tahun.
Berapa pula yang dapat dikumpulkan? Tengok jadual di bawah:
education-plan
Anggaran cash value dalam jadual di atas adalah berdasarkan anggaran pulangan 8% setahun. Disebabkan duit yang dimasukkan dalam education plan ini akan dilaburkan ke dalam akaun unit trust, memang tak lari pulangan melebihi 10% setahun.
Jadi adalah selamat untuk saya katakan sekurang-kurangnya RM35,000 dapat dikumpulkan ketika anak berusia 20 tahun melalui langkah ini, tak kisahlah samada si ayah kepada anak ini ada untuk meneruskan simpanan sehingga anak berumur 20 tahun ataupun tidak.
Kalau tak berlaku senario buruk tadi, saya yakin golongan pasangan suami isteri yang bekerja ni takde masalah nak simpan RM50 setiap seorang untuk setiap anak. Kalau tak cukup, sila hentikan langganan Astro di rumah anda kerana pendidikan anak lebih penting daripada hiburan anda.
Kalau tak cukup lagi, sila hentikan langganan data plan kalau anda tak buat duit melalui perniagaan online. Tak cukup lagi? Sila berhenti merokok kalau ayahnya merokok atau lebih best, sila downgrade kereta kepada kereta nasional.
Dalam zaman sekarang ni, RM50 tu terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan kebocoran kewangan kita pada pelbagai perkara yang tidak diperlukan.
Daftar di sini sekarang sekiranya anda ingin mengambil education plan untuk anak anda.